Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA ayat kursi BERJAYA MENCAPAI 91 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH MUSLIM

61  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0769.
Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda kepadanya, sabdanya: "Bacakanlah Quran kepadaku!" Jawab ku, "Bagaimana pula aku harus membacakannya kepada anda, sedangkan Quran itu sendiri diturunkan kepada anda." Sabda beliau, "Aku ingin mendengarkannya dari orang lain." Kerana itu, ku bacakan kepada beliau Surat An Nisa. Ketika bacaanku sampai kepada ayat: 'Pakaifa idza ji'na min kulli ummatin,Jjsyahidin wa ji'na bika haulIli syahidll." (An Nisa' : 41) ketika itu aku mengarahkan pandanganku kepada beliau, maka kelihatan olehku airmata nya mengalir."

62  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0410.
Dari 'Abdullah bin Saib r.a., katanya: "Pada suatu waktu Rasulullah saw. mengimami kami solat Subuh di Mekah. Ketika itu beliau membaca surat Al Mukminun. Setelah sampai kepada ayat yang menyebutkan Musa dan Harun, atau barangkali menyebutkan 'Isa a.s. (perawinya ragu), tiba-tiba beliau diserang batuk, lalu beliau rukuk. Dan 'Abdullah bin Saib hadir waktu itu.

63  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1967.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Seorang lelaki Ansar kedatangan tetamu dan bermalam di rumahnya. Padahal dia tidak mempunyai makanan selain makanan anak-anaknya. Maka berkata dia kepada isterinya. "Tidurkan anak-anak dan padamkan lampu. Sesudah itu hidangkan kepada tetamu kita apa adanya." Kata Abu Hurairah. "Kerana peristiwa itu maka turunlah ayat: "Dan mereka lebih mementingkan tetamu dari diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan. (Al Hasyar. 59:9)

64  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1406.
Dari 'Aisyah r.a., katanya, "Aku selalu mencela wanita yang menyerahkan dirinya kepada Rasulullah saw., dan berujar: "Apakah wanita menyerahkan dirinya?" Tatkala Allah 'Azza wa Jalla menurunkan ayat: "Kamu boleh menangguhkan menggauli siapa yang kamu kehendaki di antara para isteri mu, dan boleh pula menggauli siapa yang kamu kehendaki.." (Al Ahzab : 51), lalu kata 'Aisyah kepada Nabi saw., "Ku lihat Tuhan Anda sangat cepat memenuhi keinginan anda."

65  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1201.
Dari Nafi' r.a., katanya 'Abdullah bin 'Abdullah serta Salim bin 'Abdullah, keduanya pernah terlibat dalam suatu pembicaraan dengan 'Abdullah bin 'Umar ketika Hajjaj hendak memerangi Ibnu Zubair. Keduanya mengatakan kepada 'Abdullah, "Tidaklah mengapa agaknya jika anda tidak pergi haji tahun ini, kerana kami khuatir akan terjadi peperangan sehingga anda terhalang mengerjakannya." Jawab 'Abdullah, "Jika aku terhalang, akan ku lakukan seperti apa yang pernah diperbuat Rasulullah Saw. Aku ikut bersama-sama dengan beliau ketika beliau dihalangi oleh kafir Quraisy mengerjakan haji. Dapat ku katakan kepada mu, bahawa ketika itu aku sempat mengerjakan umrah." Lalu dia pergi. Sesampainya di Zulhulaifah, dia membaca talbiyah untuk umrah. Jika aku dibiarkan akan ku laksanakan umrah ku, tetapi jika aku dihalangi, akan ku lakukan seperti yang dilakukan Rasulullah saw. di mana aku ikut menyaksikannya ketika itu. Kemudian dibacanya sebuah ayat: "Sesungguhnya Rasulullah itu adalah contoh teladan yang baik bagimu.. (Al Ahzab : 21). Kemudian beliau meneruskan perjalanannya sampai ke Baida'. Lalu dia berkata: Sesungguhnya ibadah haji dan umrah itu satu. Jika aku terhalang mengerjakan umrah bererti aku terhalang pula mengerjakan haji. Akan ku perlihatkan kepada mu bagaimana caranya menunaikan haji sekaligus dengan umrah. Lalu diteruskannya perjalanannya. Sampai di Qudaid dibelinya hadiah (hewan korban). Kemudian dia tawaf di Bait satu kali, saai di Safa dan Marwah sekali. Dan beliau tidak tahallul melainkan pada hari Nahar (10 ZUlhijjah).

66  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0470.
Dari Ibrahim bin Yazid At Taimi r.a., katanya: "Pada suatu ketika aku membacakan Quran kepada bapaku di halaman masjid. Ketika aku membaca ayat sajadah, beliau sujud. Lalu aku bertanya kepada beliau, "Mengapa ayah sujud di jalanan?" Jawab beliau, "Aku mendengar Abu Dzar bercerita, bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah saw. tentang masjid yang mula-mula dibangun di muka bumi. Jawab Rasulullah saw., Masjidil Haram. Kemudian ditanyakannya pula, sesudah itu masjid apa lagi. Jawab beliau, Masjidil Aqsha. Kemudian ditanyakannya pula, berapa lama jarak antara keduanya di bangun. Jawab beliau, empat puluh tahun. Lalu beliau melanjutkan bicaranya: Kemudian seluruh bumi Allah adalah tempat sujud bagi mu. Kerana itu di mana saja kamu berada, jika waktu solat telah tiba, maka solatlah segera."

67  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2381.
Dari Zaid bin Tsabit r.a. katanya: "Ketika Nabi saw. berangkat ke medan perang Uhud, beberapa orang yang ikut berangkat bersama-sama beliau pulang kembali di tengah perjalanan. Kerana itu para sahabat Nabi saw. berbeza pendapat mengenai mereka menjadi dua golongan: Sebagian mengatakan mereka harus diperangi dan sebahagian lagi mengatakan jangan diperangi. Kerana itu turunlah ayat: "Mengapa kamu menjadi dua golongan dalam (menghadapi) orang-orang munafik.." (An Nisaa', 4:88).

68  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2378.
Dari Zaid bin Arqam r.a. katanya: "Kami berpergian bersama-sama Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan di mana rombongan kami ditimpa kesulitan (berupa kelaparan). Maka berkata Abdullah bin Ubay (seorang tokoh munafik) kepada kawan-kawannya, "Jangan dibantu orang-orang yang setia kepada Rasulullah agar mereka lari daripadanya." Selanjutnya dia berkata pula. "Jika kita kembali ke Madinah, orang yang kuat akan mengusir orang yang lemah." Kata Zaid, "Aku datang kepada Rasulullah saw. melaporkan ucapan-ucapan Abdullah bin Ubay tersebut." Beliau mengirim orang kepada Abdullah untuk memeriksa kebenaran laporan ku itu. Setelah ditanyakan, ternyata Abdullah tidak mengaku bahawa dia telah mengucapkan kata-katanya itu, bahkan dia bersumpah-sumpah. Katanya, "Si Zaid itu telah mendustai Rasulullah saw." Kata Zaid, "Aku mendapat kesulitan sendiri kerana pengakuan Abdullah yang bohong itu. Tetapi akhirnya turun wahyu yang membenarkan ku, iaitu ayat: "Apabila datang kepada mu orang-orang munafik.." (Al Munafiqun, 63 : 1) Kata Zaid, "Kemudian mereka dipanggil oleh Nabi saw. untuk dimintakan ampun bagi mereka. Mereka menundukkan kepala bagaikan kayu-kayu tersandar." Kata Zaid, "Padahal mereka sebenarnya adalah para pemimpin terkemuka orang-orang munafik yang tampan."

69  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0402.
Ibnu 'Abbas r.a. berkata tentang firman Allah' Azza wa Jalla, "La tuharrik bihi lisanaka" (Janganlah kamu gerakkan lidahmu) (Al Qiyamah :16), katanya: Bila Jibril datang menyampaikan wahyu kepada Nabi saw., biasanya beliau menggerakkan lidah dan bibirnya, sehingga beliau mendapat kesulitan kerananya. Hal itu jelas kelihatan dari wajah dan keadaan beliau. Kerana itu Allah Ta'ala berfirman. "La tuharrik bihi lasanaka lita'jal bihi Inna 'alaina jam'ahu wa qu'anahu. ' (Al Qiyamah 16 - 17). (Janganlah kamu gerakkan lidahmu kerana hendak cepat-cepat membacanya. Sesungguhnya Kamilah yang akan mengumpulkannya (di dadamu) dan mengajarmu pandai membacanya. (Kerana itu semaklah baik-baik!) Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaan itu. Kemudian kewajipan Kamilah menjelaskannya (menjelaskan maksud ayat itu melalui lidahmu). Semenjak itu, kalau Jibril datang kepada Nabi saw., beliau menundukkan kepala sambil berdiam diri. Setelah Jibril pergi, barulah beliau baca kembali dengan lancar bacaan yang disampaikan Jibril itu sesuai dengan janji Allah Ta'ala kepadanya.

70  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2283.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak seorang jua pun anak yang baru lahir melainkan dia dalam keadaan suci dan dua orang tuanyalah yang menyebabkan dia menjadi Yahudi, Nasrani, atau Majusi." Kemudian beliau bersabda: "Bacalah ayat: "Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus." (Ar Rum 30 : 30)